KENAPA KULIT MENJADI KERING?

  Kenapa Kulit Menjadi Kering? Kulit kering adalah masalah biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira umur atau jenis kulit. Ia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh menjejaskan penampilan dan kesihatan kulit dalam jangka masa panjang. Tetapi kenapa sebenarnya kulit menjadi kering? Jom kita fahami beberapa punca utama di bawah. 1.  Kekurangan Kelembapan Kulit memerlukan air untuk kekal lembap dan anjal. Apabila kandungan air dalam lapisan atas kulit (epidermis) berkurang, kulit akan menjadi kering, kasar, dan mungkin mengelupas. 2.  Cuaca Sejuk atau Kering Musim sejuk atau berada di kawasan berudara kering boleh mengurangkan kelembapan semula jadi kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi kusam, tegang, dan mudah merekah. 3.  Kerap Mandi Air Panas Air panas boleh menghakis minyak semula jadi pada kulit. Mandi terlalu lama atau terlalu kerap dengan air panas boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kering. 4.  ...

MAKSUD DAN PERANAN MITI dan MATRADE

Apa itu MITI dan MATRADE?


1. MITI ( Ministry of international trade and industry)
   MITI merupakan sebuah kementerian dalam persekutuan Malaysia. organisasi ini bertanggungjawab dalam menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan seperti eksport dan import di Malaysia. organisasi ini juga menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara. organisasi ini ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di jepun.
 
 Peranan MITI
1.    Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar2 pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar negara.
2.    Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian
3.    Menggubal dan menggalakkan hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala serta kerjasama perdagangan serantau
4.    Merancang dan menggalakkan pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa   
5.    Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan2 kecil dan sederhana.
6.    Memaju dan membaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan bumiputera
7.    Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institut pembuatan




2. MATRADE
ü The Malaysia External Trade Development Corporation
ü Ditubuhkan pada 1 Mac 1993
ü Ditubuhkan di bawah Kementerian Perindustrian Dan Perdagangan Antarabangsa ( MITI )
ü Merupakan satu agensi ( badan berkanun ) promosi perdagangan luar negara.

Peranan MATRADE
1.    Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barang siap dan separuh siap.
2.    Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi keluaran Malaysia
3.    Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
4.    Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
5.    Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan
6.    Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan perdagangan
7.    Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
           


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TIPS JAGA KULIT MUKA SENTIASA CANTIK DAN LEMBUT!!!

The Significance of Bathing After Sweating for Personal Health